Go toLog in Go toSign up

5 Pupur Wajah Ini Buatkan Kulit Anda Seperti Artis K-Pop!

5 Pupur Wajah Ini Buatkan Kulit Anda Seperti Artis K-Pop!

Mesti ramai di luar sana impikan wajah putih dan bersih seperti selebriti Korea. Memang makan hati tengok wajah mereka.

Pasti anda tahu bahawa orang Korea sangat sukakan pupur wajah (face mask). Dalam setiap drama, pasti ada babak di mana pelakon Korea memakai
pupur wajah tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki.

Ramai diantara anda yang masih tercari-cari pupur wajah terbaik untuk kulit wajah. Kami ada jalan penyelesaian untuk anda.

Kami senaraikan 6 pupur wajah yang mampu buatkan wajah anda seperti artis K-Pop.

1. AuFairy Pack Mask RM4.90

Bukan saja murah, tapi sangat bagus keberkesanannya. Jangan sangka yang murah tak bagus. Menggunakan arang Korea sebagai bahan utama, ia didatangkan dengan 4 kandungan berbeza Bliss Berries Brightening, Honey Potion Nourishing, Pearl Pixies Whitening dan Mermaid Elixir Deep Moisturizing. Gunakan dua kali seminggu dan rasai perbezaannya.

2. Muzibed Face Mask RM49 (15 keping)


Kalau anda 'hantu' pupur wajah, patut cuba topeng muka terbaik ini dari Korea. Harga berpatutan, satu kotak ada 15 keping pupur wajah. Paling best, pupur muka ini memang berkesan. Didatangkan dengan 4 pupur wajah iaitu Sperking White Mask, Sensitive Care Mask dan Elastic Moisture Mask.

3. Oozoo Bear Series RM69 (5 keping)


Jika anda peminat Park Seo-Joon, ini antara pupur wajah yang mesti anda cuba. Kalau tak berkesan, takkan la pelakon popular Korea boleh jadi duta! Ada 3 pupur wajah menjadi pilihan iaitu Bear Black Space Pore Caring Mask, Bear Aurora Illuminating Mask dan Bear Water-bang Hydrating Mask.

4. Mediheal Face Mask RM99 (20 keping)


Mesti ramai yang tahu jenama pupur wajah paling popular di Korea. Sekarang ni boleh dapat dekat Malaysia dah. Bagus ke tak bagus? Korang tengok sendiri review. Harga untuk satu ialah RM13.90. Paling popular, N.M.F Aquaring Ampoule Mask.

5. Cadeau Face Mask RM30

Kalau anda ada masalah pori terbuka, pupur wajah ini boleh selesaikan masalah anda dalam masa 45 minit sahaja. Nak cerahkan wajah dalam masa singkat, inilah pupur wajah yang anda cari. Paling best, pupur wajah ini boleh tegangkan wajah. Tak perlu lagi botox atau pembedahan plastik!





Leave a comment

Comments will be approved before showing up.