Log in Sign up

5 Sebab Best Korang Perlu Pakai Masker Wajah!

5 Sebab Best Korang Perlu Pakai Masker Wajah!

Ramai wanita sekarang lebih fokus pada menutup cela dari merawat kulit wajah.
Pasti ada diantara anda yang sanggup menutup jerawat dan parut dengan menggunakan bedak asas.

Apa kata anda rawat wajah 2-3 minggu sekali untuk menyelesaikan masalah kulit anda. Senang je, hanya gunakan masker wajah je.

So, mesti korang nak tahu apa kehebatan masker wajah? Kami senaraikan 5 sebab yang buatkan korang terus nak pakai masker!

1. Cerahkan wajah

Nak kulit cerah? Senang je, rajin-rajin la pakai masker. Ketika memakai masker, wajah akan berehat dan kulit menyerap khasiat dari masker. Kulit akan beransur cerah dan sihat.

2. Melembapkan wajah

Siapa yang alami kulit kering? Pasti wajah akan nampak tua daripada usia. Bukan itu saja, proses penuaan berlaku lebih cepat.


3. Tona kulit sekata

Jika anda alami masalah sunburn, gunakan masker dengan lebih kerap untuk menjadikan tona kulit lebih sekata.

4. Tegangkan wajah

Malunya bila wajah nampak tua daripada usia. Ramai tak tahu masker boleh membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah. Kulit akan jadi halus dan awet muda.


5. Buang sel kulit mati

Masker juga bertindak sebagai detoks wajah. Ia membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit secara semula jadi. Bila sel kulit mati dibuang, barulah wajah nampak berseri.





Leave a comment

Comments will be approved before showing up.